Wednesday 26 September 2012

CONTOH KARANGAN - KOMSAS

Berikut adalah contoh karangan bertemakan KOMSAS. Anda boleh menjawab dengan cara yang sama berdasarkan Novel PAPA (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusoff. Pelajar juga boleh menjawab berdasarkan mana-mana novel yang pernah anda baca sebelum ini.

Karya sastera kaya dengan nilai kemanusiaan.
Bincangkan pernyataan ini berdasarkan sebuah karya yang pernah anda baca.
Pendahuluan : Apabila selesai membaca sesebuah novel mahupun menonton sesebuah drama, seseorang itu mula berfikir tentang apakah unsur-unsur istimewa yang terbit daripada cerita tersebut? Selain terpikat dengan episod dan aksi watak yang hebat, unsur nilai dan pengajaran sudah pasti akan menyerap secara perlahan-perlahan ke dalam benak dan minda pembaca. Tidak dinafikan bahawa nilai kemanusiaan adalah antara sumber yang menjadi kekuatan kepada binaan sesebuah karya sastera. Hal tersebut dapat saya bincangkan berdasarkan novel Kembara Amira yang amat padat dengan unsur-unsur nilai kemanusiaannya. (masukkan judul novel yang anda pernah baca).
Isi-isi penting :
Isi 1 : Nilai patriotik – suatu sikap yang dapat mengangkat rasa tanggungjawab masyarakat atau rakyat di sesuatu tempat/negara – nilai patriotik yang diitunjukkan oleh masyarakat orang asli dalam mempertahankan ketulenan dan keaslian budaya dan alam sekitar mereka.
Isi 2 : Nilai kasih sayang – suatu nilai yang luasnya ibarat lautan yang tidak bertepi – kasih sayang terhadap darah daging sendiri, kasih sayang demi sahabat yang sejati, dan jiwa yang musnah akibat terpisah daripada kasih sayang – boleh dilihat dalam konteks hubungan Dr Zaidah dan Amira, antara Amira dan Jacintha serta antara Tau dengan anak dan isterinya yang dipisahkan
Isi 3 :  Nilai bekerjasma – merupakan nilai yang terpahat demi menzahirkan suatu kejayaan dalam sebarang usaha – komitmen yang tinggi dalam kalangan anggota – kerjasama yang jitu daripada kumpulan eksvasi Bukit Mat Raya yang berjaya menemui karpus tulang manusia – kerjasama yang akhirnya berjaya menghalang operasi menggali emas sehingga boleh memupuskan masyarakat orang asli dan seluruh budaya mereka
Isi 4 : Nilai keberanian dan jati diri – sikap yang terpahat dalam diri anak muda yang mahu meneroka sesuatu yang baru dan mencabar – Amira, Jacinta, dan Itai
Isi 5 : Nilai bekerjasama dan saling menyokong – lambang kepada kejayaan ekspedisi dan ekskavasi – hubungan rapat dan saling menyokong antara golongan elit dan masyarakat setempat – memberi isyarat bahawa kejayaan akan tercapai apabila ada sokongan dan kerjasama – saling membantu dan menyokong antara masyarakat asli dengan kumpulan pengkaji dari universiti.
Kesimpulan : Nilai kemanusiaan adalah aset yang boleh dijadikan sumber didaktik yang disemai secara halus dan tersirat. Oleh hal yang demikian, sebagai pembaca yang bijaksana, unsur-unsur nilai hendaklah dijadikan panduan dan pedoman untuk membuat koreksi diri. Moga-moga apa-apa yang ditelusuri lewat karya yang dibaca mampu mengimpakkan natijah yang sangat berharga.

No comments:

Post a Comment